Saturday 28 March 2015

htmcc/litar binjai rendah

Binjai rendah terletak didaerah Marang Terengganu,Binjai rendah tersepit dicelah2 hulu terengganu dan daerah kuala terengganu dan mungkin sesetengah penduduk nya tak perasan akan kedudukan nya didalam daerah,..Mempunyai jalan yang baik dengan daerah2 yang lain.

Binjai rendah telah mendapat nama sejak zaman dahulu kala,sama zaman dengan zaman si tenggang.Diceritakan dimasa itu mempunyai seorang yang sangat sakti telah diturunkan dari kayangan dan mendiami dikawasan tersebut,Pendeta sakti ini mempunyai beberapa orang anak yang sangat kacak dan cun,Anak perempuannya lebih cun dari salena gomez,kalau setakat artis2 dimalaysia memang dia boleh makan,Emma maembong tu memang tak cun kalau dibandingkan dengan anak pendeta tersebut,Yang lelaki plk lebih hensen dari fizo omar atau pun zul aripin.




Nak dijadikan cerita,semua anak2 pendeta tersebut sangat suka makan buah binjai,mungkin dikayangan buah binjai tak ada atau buah binjai menjadi buah yang terlalu exclusive jadi bila dibumi buah ni telah menjadi kegemaran kapada anak2 pendeta sakti ini,Nak dijadikan cerita pada suatu hari anak lelaki kapada pendeta telah memanjat pokok binjai kerana anak perempuan pendeta ingin memakan buah binjai muda,mungkin dah puas makan binjai masak jadi mereka ingin menukar selera,jadi panjat lah sianak lelaki kerana ingin memenuhi keinginan adik nya,Nak dijadikan cerita,telah jatuh sianak lelaki dari pokok binjai yang tinggi itu kerana salah langkah,maka mati lah dia dengan diratapi oleh pendeta dan ahli keluarganya,dengan kesaktian yang ada, pendeta tersebut telah sumpah pokok binjai yang dipanjat oleh anak lelaki nya menjadi rendah,sejak hari itu tak menjadi kesusahan kapada anak2 pendeta untuk memetik binjai muda.Dari hari itu tempat yang didiami oleh pendeta dan keluarganya menamakan tempat tersebut sebagai kampung binjai rendah.Pokok binjai yang telah rendah kerana disumpah oleh pendeta sakti ini telah mati kerana perubahan peradaban dan tinggal lah nama binjai rendah sebagai nama sahaja.(PENDETA PUN DOK ROK CETONG JGK,SEBAB PE DIA DOK SUMPOH ANAK NYA HIDUP PLK.SUDOH KATA SAKTI SANGAT...HERAN KAN..)
Kampung binjai rendah inilah telah mengadakan satu race motor pada 28-3-2015 yang baru lalu setelah peristiwa pendeta dari kayangan kematian anaknya nya kerana memanjat pokok binjai yang tinggi.Walau macam mana pun cerita yang diceritakan diatas tak ada seorang pun yang tau termasuk dengan ketua JKKK kampung binjai rendah yang ada sekarang,huhuhu,Orang lain lagi lah tak tau...
Pada event yang julung2 kali diadakan ini seramai 138 rider telah menyertai nya termasuk dari rider dari club HTMCC,Lima acara telah dipertandingkan.

1)Motocross Open.
2)Veteren Open.
3)Junior.
4) Endurance Open
5) CubCross Open.
Rider2 Htmcc yang mengambil bahagian:
1) Kamarul Munir
2) Kamarul Harith..

Hanya acara Cubcross sahaja yang disertai oleh rider2 Htmcc
Pemenang rider2 Htmcc dalam acara yang disertainya ialah:
1) Kamarul Munir >>>>>>>>>>>>>> tempat pertama.
2) Kamarul Harith >>>>>>>>>>>>>> tempat ke-2

Macam bagus jgk lah event yang diadakan dilitar binjai rendah kerana semua perjalanan acara tersusun baik,Event ini telah di handle oleh En Najmi dan Puan Mariah serta beberapa individu2 dikalangan nya.Pengadilan mengunakan sistem komputer yang kesilapan memang payah terjadi.Sepatutnya semua event yang dilangsungkan mesti mengunakan sistem yang macam ini supaya kesilapan permarkahan tak terjadi,Sekian...






0 comments:

Post a Comment